![]() Let's BRIDGE Friendship all over the WORLD ![]() |
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
|
|
|
![]() ![]() |
![]() |
InfoTIPS
|
![]() |
| Mili |
Posted: November 15, 2006 04:18 pm
|
![]() Advanced Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1497 Member No.: 2 Joined: November 15, 2005 |
Share your InfoTIPS here..
-------------------- Welcome to .. |
| Mili |
Posted: November 15, 2006 04:20 pm
|
![]() Advanced Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1497 Member No.: 2 Joined: November 15, 2005 |
TIPS CEMBURU
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak jenis cemburu... Ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yg mana baik & yg mana buruk. Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku. Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita. 1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada. 2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je. 3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain. 4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita. 5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya. 6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain. 7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita. 8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa. 9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa. 10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita. 11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga. Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni.. 1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain. 2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu. 3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga. 4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat. 5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah. 6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain? 7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna. 8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut. 9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain. 10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka. Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu. 1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya. 2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati. 3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain. 4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan. 5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya. 6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua. -------------------- Welcome to .. |
| Mili |
Posted: December 05, 2006 12:59 am
|
![]() Advanced Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1497 Member No.: 2 Joined: November 15, 2005 |
TIPS PERCINTAAN
Sumber - Dato` Fadhilah Khamsah 1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. 2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda. 3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. 5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. 7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda. 8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting. 9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. 10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. 11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. 12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. 13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan). 14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan. 15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. 16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri. 17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa. 18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita. 19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita. 20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci. 21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain. 22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. 23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut. 24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya. 25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan. 26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita. 27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan. 28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya. 29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan. 30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama. 31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi. 32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak. 33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas. 34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya. 35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. 36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut. 37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya. 38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya. 39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita. 40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. 41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda. 42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda. 43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. 44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda. 45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai. 46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa. 47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. 48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda. 49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri. 50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. 51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin. 52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak. 53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi. 54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi. 55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan. 56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita. 57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya. 58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya. 59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri. 60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat. Nota : Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan. -------------------- Welcome to .. |
| Mili |
Posted: December 05, 2006 01:01 am
|
![]() Advanced Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1497 Member No.: 2 Joined: November 15, 2005 |
:: Tips berdepan dengan kekasih panas baran ::
1. Lebih baik mendiamkan diri ketika si dia sedang marah. 2. Kenalpasti punca-punca yang menimbulkan kemarahannya dan kalau boleh elakkan dari melakukannya. 3. Jika hendak menegur perlakuannya yang tidak kamu senangi, gunakan cara yang lembut dan penuh hikmah agar kemarahannya tidak berpanjangan. 4. Jangan layan sangat kemarahannya kerana jika si dia masih marah, kamu juga yang akan sakit hati nanti. 5. Kamu harus bersiap sedia jika awal sudah tahu si dia jenis yang panas baran? ketahuilah cara-cara untuk berdepan dengannya. 6. kalau nak bercinta tu, pastikan si dia bukanlah dari jenis yang panas baran. Kalau si dia memang jenis yang panas baran, sabar sajalah dengan karenahnya. 7. Kalau susah sangat, tinggalkan saja. Tak susah-susah nak fikirkan tentangnya.. Nota : Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100% -------------------- Welcome to .. |
| Mili |
Posted: May 15, 2008 02:56 pm
|
![]() Advanced Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1497 Member No.: 2 Joined: November 15, 2005 |
Tips Kalau Istri Lebih Tua Dari Suami
Umumnya masyarakat cenderung memberi penilaian negatif kepada wanita yang menikah dengan pria yang lebih muda. Bermacam persepsi pun dilayangkan kepada hubungan asmara seperti ini. Mungkin ini saatnya kita belajar untuk melihat sisi positif hubungan asmara dimana usia suami lebih muda daripada istri. Wanita yang berhubungan atau menikah dengan pria yang lebih muda sering dianggap 'tidak normal'. Rumah tangga semacam ini juga dianggap berpotensi besar menghadapi masalah. Benarkah demikian? Berikut beberapa hambatan yang seringkali dialami pasangan dengan jarak usia cukup jauh: 1. Anggapan Miring Banyak orang terutama kaum wanita sendiri yang menghindari dan memandang negatif menjalin asmara dengan pria yang lebih muda. Banyak kisah asmara yang sejenis kandas di tengah jalan, karena hambatan dari dalam diri sendiri, tentangan dari banyak orang, terutama dari orangtua, dan anggapan negatif dari masyarakat. Bahkan, gejala ini juga mendapat label yang seolah-olah ilmiah, oedipus complex, seakan-akan hubungan asmara antara wanita lebih tua dengan pria lebih muda adalah gangguan mental. Anggapan masyarakat terhadap hubungan asmara seperti ini, juga pada masyarakat Barat yang konon lebih liberal, yang memang kurang menguntungkan cukup tergambar dengan jelas. Contohnya, lihatlah film Mrs. Robinson yang menggambarkan pahitnya hubungan cinta bila si wanita jauh lebih tua dari prianya. Sebaliknya, film Pretty Woman misalnya, yang menggambarkan kisah asmara yang 'umum' 'pria lebih tua dari wanitanya' penuh dengan adegan manis dan berakhir bahagia. Tapi jangan buru-buru melabel seseorang berkencan dengan 'daun muda' bila usia mereka hanya terpaut 2 atau 3 tahun saja. Biasanya yang disebut perbedaan usia yang jauh adalah bila jarak usia mereka di atas 10 tahun. 2. Masalah Kesenjangan Menurut para pakar kitchen dan keluarga, anggapan miring masyarakat bukan satu-satunya masalah ketika seorang wanita mencintai pria yang lebih muda. Mereka juga memiliki masalah internal yang lebih besar, yaitu kesenjangan usia mereka sendiri. Perbedaan usia "apalagi jika perbedaannya terlalu jauh" bisa berarti perbedaan gaya hidup dan juga energi. Pria lebih muda cenderung membutuhkan aktivitas yang bagi wanita berumur terlalu menghabiskan energi, misalnya kongkow di kafe bersama teman-temannya. Sementara wanita yang lebih tua cenderung melakukan aktivitas yang lebih tenang, yang bagi pria muda terlalu membosankan, misalnya membaca buku di rumah. Perbedaan pilihan aktivitas itu saja, papar Sherven, cukup berpotensi menimbulkan konflik. 3. Persepsi Daya Tarik Faktor hambatan lainnya, yang paling berbahaya, adalah persepsi wanita terhadap daya tarik fisiknya. Wanita, apalagi yang sudah menjelang masa menopause, sering berpikir dirinya tidak menarik lagi. Sehingga, mereka cenderung curiga jika ada pria yang lebih muda mendekatinya. Selain itu, body lmage negatif juga merugikan wanita sendiri. Jika Anda berpikir Anda sudah tidak menarik lagi, Anda sudah setengah jalan menuju hilangnya daya tarik Anda. Dan, anggapan yang menyatakan wanita lebih cepat tua jika menikah dengan pria yang lebih muda bisa jadi kenyataan. Pasti Ada Positifnya Jika Anda terlibat hubungan seperti itu, dan merasa terganggu, jangan menyerah. Jalan yang paling mudah adalah dengan terus berpikir positif. Dan memang, hubungan semacam ini memang memiliki banyak segi positifnya. Misalnya: 1. Perbedaan antara Anda dan si dia yang lebih muda bisa memperkaya kualitas hubungan. Misalnya, wanita yang lebih tua bisa membagi pengalamannya yang mungkin lebih kaya, sementara si pria yang lebih muda memberi ide-ide serta semangat baru. 2. Anda memberinya 'perlindungan'. Memang ada beberapa pria yang lebih menyukai hubungan dengan wanita lebih tua yang lebih matang dan berpembawaan tenang. Mereka umumnya berpendapat wanita seusianya atau yang lebih muda terlalu banyak bicara dan masih labil. 3. Dengan sikap yang tepat, hubungan dengan pria yang lebih muda bisa membuat Anda 'awet muda'. Pria lebih muda yang mencintai Anda yang mulai khawatir karena kulit mulai tak kencang lagi, bisa menambah rasa percaya diri. 4. Berlawanan dengan anggapan umum, hubungan cinta seperti ini bisa berhasil, asalkan Anda berdua menyadari dan menerima bahwa Anda berdua memang berbeda. The Older, the Better Sementara ada beberapa kondisi yang menurun seiring dengan bertambahnya usia, beberapa kondisi lainnya justru membaik. Kabar baiknya lagi, kondisi yang membaik tersebut adalah hal-hal yang justru sering dianggap pria sebagai kelemahan wanita berusia muda. Apa saja itu? 1. kitchen Wanita yang lebih tua seringkali lebih terbuka dalam masalah kitchen dan juga lebih mampu menikmatinya dibanding wanita yang lebih muda. Lagi juga berdasarkan beberapa penelitian, puncak energi seksual wanita justru dicapai pada usia pertengahan 30-an sampai awal 40-an. Hasrat kitchen tersebut bahkan lebih besar lagi jika wanita bersangkutan sudah mencapai puncak karirnya atau mapan secara finansial. Karena itu, wanita berumur merupakan pasangan kitchen yang tepat bagi pria muda yang justru memuncak hasratnya di usia yang relatif lebih muda. 2. Sikap Hidup Pengalaman adalah guru menuju kebijakan, kata sebuah pepatah. Maka tak heran jika wanita yang lebih tua cenderung memiliki pandangan dan sikap hidup yang lebih positif, serta lebih bijak dibanding wanita muda. Sikap ini sangat menguntungkan, karena pria muda yang sedang menggebu-gebu semangatnya mengejar impiannya membutuhkan tempat 'berlabuh', seseorang yang mau mendengarkan impian dan harapannya, serta memberikan simpati dan dukungan saat ia gagal. 3. Menghargai Hidup Bertambahnya usia sering mengingatkan seseorang betapa makin dekatnya ia dengan saat terakhir dalam hidupnya. Hal tersebut seringkali membuat wanita lebih tua makin menghargai hidupnya, dan setiap pengalaman yang dialaminya. Dengan begitu, mereka lebih dapat menghargai cinta yang diberikan seorang pria, apalagi yang lebih muda, dan membalasnya dengan sepenuh hati. Pikiran wanita muda yang masih 'bebas' cenderung membuat mereka tak mampu membalas cinta pria sebesar wanita yang lebih tua. Beberapa kiat menjaga hubungan cinta berumur dengan pria yang jauh lebih muda, yaitu : 1. Menjaga penampilan Anda, terutama sekali dengan membuang jauh-jauh perasaan negatif terhadap penampilan fisik. 2. Tonjolkan kelebihan non-fisik, karena Anda tentu tak bisa menyaingi daya tarik fisik wanita yang lebih muda. Misal, dengan menunjukkan pengertian dan dukungan penuh pada ambisi pacar atau suami Anda yang lebih muda. Artikel taken from ASTAGA.COM - Thank you!! 3. Jangan memaksakan diri untuk mengikuti gaya hidup atau aktivitas suami bila Anda tak menyukainya. Tunjukkan saja kalau Anda memberinya ruang untuk berekspresi sesuai usianya, walau Anda mungkin kurang berminat. -------------------- Welcome to .. |
![]() |
![]() ![]() |